Tak apa kalau dalam bisnes kita terjatuh. Yang tak boleh bila kita tak bangkit dari kegagalan.

Dan sekiranya kita dalam perancangan untuk bangkit semula, penting untuk kita lakukan 3 langkah ini.

Apa langkah yang perlu kita ambil?

1. Downgrade gaya penampilan kita

Kita takut nak downgrade gaya hidup yang kita dah tunjuk-tunjuk dekat orang ramai ni. Tetapi langkah yang drastik perlu di ambil supaya perniagaan kita bangkit semula.

2. Jangan stress apabila orang nampak kita miskin

Kita takut orang nampak kita miskin dan tengah dalam keadaan kejatuhan.

3. Hiraukan persepsi orang

Kita risau apa pulak kata saudara mara kita di kampung, kata rakan-rakan kita dan kata-kata orang sekeliling. Hiraukan sebentar persepsi orang, yang penting adalah kenaikan semula survival business kita.

Perkara-perkara ni dapat membantu proses kebangkitan semula.

Sebab apa?

Kita bekerja keras bukan lagi sebab kita nak pertahankan bisnes kita tapi sebaliknya kita berusaha sengkang mata semata-mata nak pertahan kan kehidupan peribadi kita dulu.

Survival bisnes bukan menjadi top priority kita. Padahal stress-stress dek kerana cakap-cakap orang itu adalah stress yang dicipta sendiri.

Tanya kembali diri sendiri, “Merekakah yang akan membayar bil-bil anda?”

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This