26 January 2018

Tarikh keramat ni lahir lah seorang srikandi hebat diberi nama Zurianee… ecewahhhhh

26 jan 2018, kami meraikan ulang tahun ke 31 co founder pejuang usahawan.

Dari awal pagi team dah standby siap kan beberapa persiapan. Ada yang turun ke site lebih awal kerana ada beberapa persiapan perlu disiapkan

Memandangkan hari ni adalah hari jumaat, so kami decide utk bermula selepas jumaat.

Satu kereta dah pun bergerak awal, dua kereta utk muslimat2 pun dah bergerak ke masjid terdekat.
Dan satu kereta membawa birthday girl dan gegadis akan begerak selepas zuhur dari office. Sebenarnya takde lah membawa birthday girl sangat sebab birthday girl yang drive🤣🤣

Hujan dah mula turun renyai2. Risau juga mula-mula, takut hujan makin lebat. Nampak langit dah makin gelap. Tapi semalam mastermind kami kata, “nama pun sukan extreme, hujan ke ribut ke kita redah je”
So kami memang dah standby dengan baju spare, dan kelengkapan yang perlu.

Sampai di ATV adventure kemensah lebih kurang jam 2:30 petang. Berbekalkan KFC dan jajan-jajan. Abang-abang ATV masih sibuk memasang ballon.

Wowwww.. bila saya sampai saya agak impressed dengan hasil kerja kru ATV dan of course mastermind yang terlibat.

Plan untuk celebrate birthday di ATV ni memang dari awal tak lagi menjadi surprise setelah beberapa pekara kantoi😅
Which is takde lah adegan tutup-tutup mata ke. Adegan yang ada hanya lah birthday girl drive sendiri kereta ke tempat kejadian🤣🤣

But whatever it is, you guys did a good job team😍

Sementara tunggu segala persiapan ready, kami diminta utk isi satu form declaration apa sahaja risiko yang terjadi adalah atas tanggungan masing-masing.

Dek kerana semua dah kebulur, niat asal nak makan kfc di air terjun sofea jane terpaksa kami batalkan. So kami semua akan lunch dulu dengan kfc tu di tempat menunggu. Lagi pun hujan dah agak semakin lebat juga

Selesai makan, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Memandangkan kami ada 20 orang, maka nya setiap kumpulan ada 10 orang. Untuk briefing dan cuba selesa kan diri dengan ATV masing-masing. Of course ATV saya selaku birthday girl yang paling over hiasan nya😅

Kemudian bila semua dah ready, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan, satu kumpulan akan ada guide yang jaga. Sesiapa yang tak confident nak drive sendiri boleh ikut guide tersebut. Tapi come on lah, tak kan nak jadi pembonceng je kot😜

Perjalanan naik agak mencabar. Sebab al maklumkah semua nya first time bawa atv ni. Belum pandai sesuaikan diri, dengan security yang hanya berbekal kan seketul helmet comel di kepala😅 kami istifar jelah banyak-banyak

Ada yang steady, boleh bawa sambil berdiri konon nya. Ada yang sampai nak masuk gaung😰

Setelah hampir sejam lebih naik ke atas. Bermandi hujan dan lumpur, akhirnya kami sampai ke air terjun sofea jane.
Jangan tanya saya kenapa air terjun tu dinamakan sofea jane. Mungkin sofea jane pernah mandi dekat situ🤔 saya pun masih belum sempat buat research

So, sampai je, kami bergambar, dan semua team decide utk turun mandi dulu. Woww… air dia memang sejuk ya amat. Kami ambil kesempatan untuk cuci-cuci lumpur yang ada. Dan basuh2 badan.

Hujan nampak nya makin lebat. Jam dah menunjukan jam 4.30 lebih kurang. Takut lambat sampai ke bawah. Kami tak ambil masa yang lama untuk bersantai di air terjun sofea jane

Semua dah mengambil tempat di ATV masing-masing. Perjalanan balik diteruskan. Oleh sebab baru lepas hujan. Jalan jadi licin dan lumpur jadi semakin tebal.

Kami berhadapan dengan cabaran nak naik ke atas semula. Hampir sejam kami terkandas di pit stop tu. Dah macam apa semua orang bermain lumpur

Alhamdulillah setelah selesai hampir sejam menggunakan macam2 cara untuk naik, ada yang terpaksa bergoyal inul di atas atv, ada yang terpaksa tarik atv dan macam-macam lagi

Akhirnya, kami pun sampai ke destinasi pada jam 7.10 malam. Ada yang mengambil kesempatan utk membersihkan diri, bersolat.
Kemudian kami ada sesi terakhir iaitu sesi cake cutting.
Nasib baik cake tak dibawa naik ke atas, kerana plan asal adalah untuk potong cake di air terjun. Kalau tak mesti dah hancus cake nya😅

Setelah selesai makan cake, berakhir lah aktiviti kami pada hari ini, bonding day sambil meraikan hari jadi co founder kepada pejuang usahawan😍

Terima kasih kepada semua yang terlibat. This is an amazing experience. Kau dah dekat atas tu. Kau memang takde cara nak escape. Once dah start u have to finish it. And all the team did a vey good job 👏🏻

Sempat juga saya berpesan pada team, kalau kita ingat kerja kita susah, kerja mereka ni lagi susah. Kalau lepas ni ada yang complain susah lagi kerja di dalam aircond atas carpet, saya hantar kerja dekat ATV ni😅😅

Btw, thanks again guys. Thanks for this memory. I love u guys so much

Love,
Birthday girl yang drive sendiri😍😍

 [robo-gallery id=4517]

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This