Bagi yang kerja makan gaji, pembayar cukai yang dah membuat PCB tak perlu failkan penyata cukai pendapatan sekiranya potongan cukai bulanan yang dibuat adalah cukai muktamad.

.

TAPI, perlu failkan cukai seandainya nak mengurangkan jumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai melalui pelepasan.

.

Sebab sebenarnya banyakkkk lagi pelepasan cukai yang boleh kita dapat. Pelepasan ni lah yang tax agent berlesen selalu gunakan untuk bantu klien kurang kan cukai.

.

Tapi 3 Kriteria ni perlu dipenuhi dulu:

1. Pekerja tersebut hendaklah menerima pendapatan pekerjaan seperti yang diperuntukkan di Bawah Seksyen 13, Akta Cukai Pendapatan 1967.

2. PCB pekerja tersebut hendaklah dibuat di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan dari Saraan) 1994; dan

3. Pekerja tersebut hendaklah telah berkhidmat untuk majikan sama bagi tempoh selama 12 bulan di bawah satu tahun kalendar. (1 Januari hingga 31 Disember.)

Macam mana kita nak pastikan PCB kita ni lah cukai muktamad kita? Okay untuk pastikan perkara ni kita perlu memohon untuk apa-apa pelepasan lain.

Macam mana nak memohon tu? Boleh tengok dekat link ni apa lagi pelepasan yang boleh diambil. (Pastikan tanda yang betul je. Jangan cheat-cheat okay..)

[Link : http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Borang_TP1_2015.pdf ]

Dilampirkan juga Senarai Penuh Pelepasan Cukai Pendapatan Malaysia 2017.

[Link : https://www.imoney.my/…/tax-reliefs-for-year-of-assessment-… ]

Okay… Setelah kita menghantar borang tersebut kepada LHDN, bagi juga salinan dekat majikan.

Terima kasih.

 

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This