“Boleh ke kalau kita nak buat sendiri akaun syarikat kita Cikgu? Apa yang perlu ada?”

Pastilah boleh. Kalau syarikat kita ada transaksi yang banyak dan besar, memang saya galakkan syarikat itu ada in house accountant.

Accountant perlu sediakan perkara-perkara di bawah:

1. Imbangan duga (trial balance)

2. Penyata pendapatan

3. Penyata penyesuaian bank

4. Senarai penghutang (Debtor aging)

5. Senarai pemiutang (creditor aging)

6. Lejer am (General ledger)

Tapi kalau syarikat nak upah pihak lain untuk menyediakan akaun bagi pihak syarikat, ini adalah perkara-perkara yang perlu anda sediakan untuk membantu melengkapkan akaun syarikat tu:

1. Penyata bank

2. Buku cek

3. Baucer pembayaran

4. Resit-resit

5. Invois jualan, invois belian

6. Penyata KWSP & Perkeso

7. Buku Tunai

8. Dan lain-lain yang berkaitan

Apa-apa pun, pastikan anda sentiasa follow up tarikh-tarikh penting dengan Setiausaha Syarikat anda ya. Bukan apa takut Setiausaha Syarikat lupa, anda sebagai pengarah syarikat lupa, melayang RM50k +++ 😌😌😌

Lihat betul-betul simbol plus plus plus tu ya. 😜👻

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This