Situasi 1

Adam seorang pekerja di sebuah syarikat oil & gas, berusia 25 tahun. Merupakan graduan dari Universiti Teknologi Petronas. Mula bekerja pada Tarikh 1 November 2015 dengan pendapatan sebanyak RM4,000 (kasar). Jadual gaji bersih adam adalah seperti berikut:

 

Gaji KasarEPF (11%)SOCSOPCBGaji Bersih
RM4,000RM440RM19.75RM35.35RM3,504.90

 

Untuk tahun taksiran 2016, jumlah pendapatan yang diterima oleh Adam selama 2 bulan adalah RM7,009.80

Adam tidak wajib menghantar borang cukai individu kerana pendapatan tahunan nya tidak melebihi RM34,000 setahun (selepas potongan KWSP)

 

Situasi 2

Adam meneruskan kerja nya sebagai seorang engineer di syarikat yang sama untuk tahun 2016.

Di bawah adalah senarai pendapatan yang adam terima sepanjang tahun 2016 termasuk bonus dari majikan beliau

 

BulanGaji KasarEPF (11%)SOCSOPCBGaji Bersih
Jan’16 – April’16RM4,000RM440RM19.75RM35.35RM3,504.90
May’16 – Dec’16RM5,000RM550RM19.75RM202.15RM4,728.10
Bonus TT 2016RM7,500RM825RM19.75RM481.70RM6,173.55

 

Total pendapatan bercukai tahunan Adam adalah

Jan’16 – April’16 : RM14,019.60

May’16 -Dec’16 : RM37,824.80

Bonus : RM6,173.55

Total : RM58,017.95

Adam akan mengisytiharkan pendapatan bercukai beliau dalam Borang BE sebagai pendapatan dari penggajian selewat-lewatnya pada 30 April 2017

 

 

Situasi 3

Pada tahun 2017, adam mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Adam membuka sebuah enterprise atas nama “Adam DekatPadaNya Enterprise” pada bulan May’2017. Adam membuat perniagaan kurma secara kecil-kecil lan.

Namun oleh sebab bimbang perniagaan nya belum boleh meletup, Adam masih bekerja seperti biasa

Makanya untuk tahun 2017, adam mempunyai dua pendapatan iaitu pendapatan dari penggajian dan pendapatan dari perniagaan

Di bawah adalah senarai pendapatan dari penggajian yang adam terima sepanjang tahun 2017 termasuk bonus dari majikan beliau

 

BulanGaji KasarEPF (11%)SOCSOPCBGaji Bersih
Jan’17 – April’17RM5,000RM550RM19.75RM202.15RM4,728.10
May’17 – Dec’17RM6,000RM660RM19.75RM264.55RM5,055.70
Bonus TT 2016RM9,000RM990RM19.75RM762.05RM7,228.20

 

Total pendapatan bercukai tahunan Adam dari penggajian untuk tahun 2017 adalah

Jan’17 – April’17 : RM18,912.40

May’17 -Dec’17 : RM40,445.60

Bonus : RM7,228.20

Total : RM66,586.20

 

Siapa sangka perniagaan yang dijalankan oleh Adam yang pada mulanya hanya untuk menambah pendapatan membuahkan hasil. Hasil pendapatan Adam untuk tahun 2017 dari perniagaan nya adalah seperti berikut :

A) JualanRM32,000
B) Kos Jualan(RM9,600)
C) Keuntungan Kasar (A – B)RM22,400
D) Perbelanjaan(RM9,600)
Untung Bersih (C – D)RM12,800

 

Makanya pendapatan bersih Adam dari perniagaan beliau sepanjang tahun 2017 yang akan dikenakan cukai adalah RM12,800

 

Untuk tahun 2017, Adam harus melaporkan kedua-dua pendapatan beliau ke dalam Borang B selewat-lewatnya pada 30 June 2018 iaitu sebanyak

  1. i) Pendapatan dari penggajian – RM66,586.20
  2. ii) Pendapatan dari perniagaan – RM12,800

Total – RM79,386.20

 

Adam tidak perlu lagi menghantar Borang BE untuk taksiran tahun 2017

 

Situasi 4

Pada tahun 2018, Adam bercadang untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Adam mula berhenti dari tempat kerja nya pada akhir 2017.

Makanya keseluruhan pendapatan bersih Adam dari perniagaan untuk tahun 2018 akan dilaporkan dalam Borang B selewat-lewatnya pada 30 June 2019

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This