Penemuan kami mengenai Crypto Currency

MUDARAT CRYPTOCURRENCY TANPA KAWALAN

 

  1. Teknologi blockchain dan smart contract adalah teknologi masa depan. Seperti mana teknologi lain, ia mesti berada di bawah kawal-selia dan dapat diaudit.

 

  1. Tepuk dada tanya iman; adakah kita terlibat dengan cryptocurrency sebab ia memudahkan untuk berjual-beli (teknologi canggih) atau kita hendak berspekulasi untuk mengaut keuntungan daripada perbezaan harga semasa?

 

  1. Jika sebagai medium jual-beli kemungkinan tiada masalah tetapi kami berpendapat bahawa adalah mustahil tidak terjerumus ke dalam kancah spekulasi naik-turun harga sebab potentsi pulangan begitu menggiurkan.

 

Cryptocurrency dalam bentuk sekarang ada beberapa isu seperti berikut:

 

  1. MUDARAT ATAU MAFSADAH UMUM
  • Tidak dapat memenuhi keperluan matawang dalam ekonomi sebab cryptocurrency adalah terhad untuk ekonomi yang tidak terhad (finite cryptocurrency for infinite economy).
  • Matawang selari (parallel) seperti bitcoin dan lain-lain cryptocurrency menyebabkan mudarat sebab terjadinya inflasi yang tidak terkawal kerana lambakan wang ke dalam ekonomi lebih daripada keperluan ekonomi dan bukan bersumberkan dari aktiviti ekonomi. Apabila terdapat lambakan wang dalam pasaran, permintaan akan meningkat lebih daripada penawaran, maka terjadi inflasi dan kemungkinan terjadi hiperinflasi.
  • Tiada perlindungan simpanan cryptocurrency seperti PIDM iaitu tidak boleh dibuat tuntutan kepada sesiapa jika kehilangan cryptocurrency dalam simpanan.
  1. GHARAR
  • Tiada kawalan pusat (kerajaan)... Diriwayatkan oleh Al-Baladhuri: Sa'id b. Al-Musayyib mengatakan bahawa mana-mana lelaki mencetak / mencetak duit syiling / wang jika tidak ada kuasa monetari untuk melakukannya dianggap sebagai rasuah di bumi.
  • Tiada kepastian siapa atau pihak mana yang mengawal-selia kod blockchain untuk cryptocurrency dan samada boleh diaudit untuk mengelakkan penipuan atau manipulasi masa depan.
  1. RIBA
  • Jika terdapat kelewatan dalam penukaran antara cryptocurrency dengan wang fiat, maka akan terlibat dengan riba an-nasiah.

 

  1. PELABURAN ATAU WANG SEBAGAI KOMODITI
  • Pelaburan dalam cryptocurrency mirip kepada forex trading dan forex trading sudah dilarang dan diisytihar sebagai tidak patuh syariah. Dan sudah jelas majority pelaburan dalam cryptocurrency adalah scam yang menggunakan system pyramid atau money game yang tiada “melabur” dalam cryptocurrency. Atau menjanjikan keuntungan (baca riba).
  • Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin berkenaan matawang menyatakan bahawa matawang tidak boleh menjadi objektif jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika menjadi objektif, seluruh sistem kewangan akan rosak dan terganggu. Dalam kitab Ihya'ul-uloom (v.4, p.348, Beirut 1997), beliau berkata "Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjual-beli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah bercanggah dengan objektif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) iaitu simpan untuk tunggu naik harga dan jual"

 

NASIHAT IKHLAS

 

  1. Jauhkanlah diri daripada terlibat dengan mana-mana cryptocurrency buat masa ini.
  2. Boleh terlibat di masa depan apabila sudah jelas bentuk kawal-selia kerajaan untuk perlindungan umum dan sesuai dengan syarak.
  3. Jika ingin melabur juga, melaburlah dalam saham unit amanah dan saham patuh syariah di bawah kawal-selia Suruhanjaya Sekuriti.

 

Wallahu’alam. Terima kasih.

 

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…

e-book-rahsia-overdraft

Dapatkan Buku Rahsia Overdraft tekan butang di bawah bagi pembelian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This