Antara 3 kesilapan yang sering pembeli baru lakukan ketika nak beli rumah ialah:-
#1 – Cepat Jatuh Cinta – Tanpa Menilai Kemampuan
Apabila dilamun cinta memang susah hendak melupakannya. Kita akan membayangkan betapa syoknya dapat duduk rumah baru dengan perabot-perabot dan hiasan dalaman yang cantik.
Kita akan membayangkan sesuatu yang tidak pasti di luar kemampuan kita. Seelok-eloknya lebih baik kita terus mencari rumah yang mampu kita miliki mengikut kemampuan kita.
Sebaik-baiknya cari rumah yang paling murah dan kalau kita tak puas hati, kita naikkan sikit harga rumah yang kita cari tersebut. Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati dalam mencari harga rumah yang sesuai dengan keadaan ekonomi kita waktu itu.
Kemudian, jika sudah mampu bolehlah berangan lagi dan pada masa itu kita dah bersedia dan mampu memiliki rumah idaman mengikut kehendak kita.
#2 – Ikut Perasaan Syok Sendiri
Kita sering mengikut perasaan dan beranggapan itulah rumah yang kita idam-idamkan selama ini. Kita berpendapat yang selepas ini tiada lagi rumah yang lebih baik akan kita jumpa untuk dijadikan milik kita.
Jangan terjebak dengan perasaan tersebut kerana tidak semua rumah yang kita temui dan lihat sempurna sepenuhnya. Ada lagi rumah yang lain kat luar sana yang mungkin lebih baik pada masa akan datang.
Ketika ini mungkin itu sahaja projek atau rumah yang cantik dari segi kaca mata anda. Saya belajar daripada pengalaman ayah saya yang membeli rumah, dan pada ketika itu tidak banyak pilihan.
Kemudian ayah saya mahu atau tidak mesti juga beli atas faktor umur (dari segi pinjaman dan tahun meminjam). Setahun selepas itu banyak projek baru yang lebih baik.
Jadi berhati-hati dalam memilih rumah dan sebaik-baiknya elakkan daripada tergesa-gesa mencari rumah impian anda.
#3 – Cepat Angkat Bendera Putih
Kita sudah menghabiskan banyak waktu mencari dan melihat rumah contoh yang ingin kita miliki. Namun, harga rumah yang kita impikan dan suka tersebut sangat mahal. Keadaan kewangan kita pula tidak mengizinkan.
Jadi kita patah semangat untuk mencari dan berusaha lagi. Waktu kita patah semangat itulah kadang-kadang kita beli rumah yang mungkin kita tidak suka.
Anda mesti cuba elakkan daripada keadaan macam ini. Sebab ada kemungkinan, kita tidak akan duduk lama dan akan mencari rumah lain. Kalau kena dengan lokasi, rumah kita akan naik nilai tetapi kalau tidak kena cara, kita yang akan mengalami kerugian.
Jangan buat keputusan ketika kita sedang kecewa dan berputus asa. Kadang-kadang keputusan yang kita buat ketika itu kurang bijak.
Jadi ketiga-tiga kesilapan ini mesti dielakkan setiap kali kita nak beli rumah. Ini kerana kita akan banyak membazirkan wang dan masa jika kita seringkali membuat kesilapan demi kesilapan

Dapatkan Buku Rahsia Overdraft tekan butang di bawah bagi pembelian.
Recent Comments