ย Kalau cakap pasal GST atau cukai je, ramai la para usahawan ni mengeluh dan kadang-kadang marah tak tentu pasal.
.
Marah-marah tu sebab kita tak tahu hakikat sebenar. Takde ilmu yang cukup.
.
Berapa ramai dari anda para usahawan yang tahu dengan jelas tentang cukai pendapatan, cukai korporat dan GST?
.
Tahu tak kalau kita rebel taknak bayar cukai ataupun GST, kalau diintai oleh “Lembaga” dan didapati kita bersalah, kita mungkin akan didenda 100% dari jumlah cukai.
.
Jadi takde istilah “lari cukai”.
.
Saya nak share antara 5 sebab kenapa usahawan taknak bayar cukai dan GST.
.
Semoga lepas semua tahu pasal ni, anda semua akan cari jalan la ye untuk jadi usahawan yang lebih prihatin.
.
1. Tak simpan dokumen pendapatan dan perbelanjaan.
– Ramai sangat takut pasal ni. Padahal, kita boleh je declared dulu. Sebab ramai usahawan yang selalu “merompak” syarikat sendiri. Kita jadi tak peduli dah kan pasal duit keluar masuk? Takut kalau declare cukai kena buat audit semua kan. ๐Ÿ˜Œ
.
.
2. Tak audit akaun sendiri.
– Ramai sangat usahawan yang saya jumpa, dah berbisnes hampir 3-4 tahun tapi tak pernah buat audit. Yang lagi teruk, tak pernah lantik auditor untuk buat audit akaun.
– Kalau tak pernah audit, mestilah kita tak tahu jumlah cukai yang perlu dibayar.
– Lepas tu assume sendiri je cukai kena bayar banyak. Padahal mungkin lepas audit tengok-tengok takde untung pun ๐Ÿ˜œ
.
.
3. Tak urus cashflow dengan betul
– Ini bukan orang makan gaji je problem, usahawan pun menghadapi masalah sama.
– Gagal urus cash flow adalah penyebab ramai usahawan beri alasan takde duit nak bayar GST dan cukai.
.
.
4. Dah biasa lari dari cukai
– Ramai suka sangat lari dari cukai. Bila dah biasa lari, memang akan rasa nak lari lagi dan lagi.
.
.
5. Tak tahu apa-apa pasal cukai
– Ini adalah the roots of the problem. Takde ilmu pasal GST dan Cukai. Mula la kita buat andaian sendiri.
.
.
Okay cukup lah dulu untuk hari ni. Ke korang ada sebab lain kenapa korang tak bayar cukai? Contohnya taknak kayakan kerajaan ke? ๐Ÿ˜œ Kann? Ada ke taknak bayar sebab tu?

Sumber: Facebook Cikgu Cukai

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This