Tutup dan buka syarikat. Sudah menjadi trend di dalam perniagaan apabila membuka syarikat dan merasakan perniagaan tiada potensi, lalu bertindak membuka perniagaan lain. Bila lihat usahawan didalam bidang lain berjaya, terus tutup dan masuk bidang yang dilihat berpotensi. Kenapa sesetengah orang suka tukar bisnes dan kalau rugi terus nak tutup Sdn. Bhd.? Didalam content dibawah kami akan merungkai 5 sebab usahawan suka lompat bidang di dalam perniagaan.

1. Business mengikut trend

Mereka ni buat bisnes ikut-ikut. Diorang ingat bisnes ni trend. Buat setengah jalan, nampak bisnes lain macammm ada potensi terus rasa nak buat! Bisnes lama? Tinggalkan!

2. Tidak kaji market sebelum berniaga

Mereka tak kaji pun pasal pasaran. Tak tahu pun apa pelanggan nak. Suka-suka je ikut kehendak sendiri.

3. Terlalu yakin dengan kejayaan terdahulu

Sebab sebelum ni diorang pernah berbisnes dan berjaya, diorang rasa semua diorang boleh buat. Rupanya nak mula bisnes baru takde lah semudah disangka.

4. Ragu-ragu terhadap potensi market tanpa kajian

Mereka cakap bisnes mereka sekarang takde potensi. Padahal potensi tu akan wujud berdasarkan ilmu yang owner bisnes tu ada.

5. Liat untuk membayar cukaiĀ 

Mereka selalu fikir apa yang mereka akan dapat. Tu sampai kesudah taknak declare cukai. Sebab asyik rasa diri je memberi, tapi tak pernah menerima.

Kini membayar cukai semuanya sudah mudah sebab pembayar cukai boleh menyemak status mereka secara online. Anda boleh rujuk post kami di sini

Padahal semua ni berlaku sebab takde ilmu.

#CikguCukai
#PejuangUsahawan

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This