Asyik cerita pasal bisnes je kan. Hari ni kita tukar niche sikit.

Saya nak cerita pasal sifat-sifat mazmumah (tercela). Takde lah tukar niche sangat pun sebenarnya. Sebab saya percaya, attitude yang bagus itu bakal menghasilkan hasil yang bagus juga.

Jadi penting untuk usahawan ada attitude yang bagus dan menghindari perkara-perkara mazmumah ini.

Baiklah, Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah ni kepada beberapa bahagian:

1. Suka makan dan minum
=====================
Bukan tak boleh makan, cuma makan sampai kekenyangan. Sebab kenyang ni boleh menghindarkan kita dari nak buat kerja. Jadi malas-malas kan bila kenyang?

2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
============================
Bahana bila suka bercakap dengan banyak ni, otak kita kadang-kadang ligat mencari benda nak disembangkan. Sebab tu kadang2 dtg mood mengumpat, menghina, menipu tu. Last2 bertengkar benda tak patut. Kita usahawan perlu banyak mendengar dari banyak bercakap ya.

3. Marah
=========
Marah ni didorong oleh syaitan dan didokong oleh hawa nafsu. Marah ni hasil dari sifat kurang sabar.

Menjadi usahawan ni kalau tak latih diri bersabar, memang kerja nak marah je. Nanti masa tu jangan kata wife, staff pun malas nak kerja dengan kita.

4. Hasad dengki dan iri hati
======================
Perasaan macam ni selalu lahir dari sifat tak pandai bersyukur. Terlalu memandang kelebihan orang lain.

Padahal kelebihan diri sendiri yang Allah bagi dekat kita lagi banyakkkk kita perlu syukuri.

5. Sayang kepada harta
===================
Tak salah mengumpul harta. Islam pun tidak mengharamkan. Even 10 sahabat yang dijanjikan syurga, 6 daripada mereka adalah orang kaya.

Tapi bila kekayaan itu tak disandarkan dengan keimanan, pasti benda tu soon or later akan merosakkan kita.

6. Takbur
=========
Takbur ni boleh terjadi sebab banyak perkara. Antaranya:

– keturunan
– Kekuasaan
– Kecantikan
– Kekayaan
– Kepandaian
– Pengaruh
– Kuat beribadat

Haaa… Hati-hati.. Tak semua perkara baik yang kita buat tu bakal menjadikan kita lebih baik. Jadi lah seperti resam padi. Makin berisi, makin tunduk.

7. Cinta kepada dunia
==================
Ini paling bahaya. Berbisnes, berbisnes juga. Tapi jangan sampai nak mati pun kita pening kepala.

Yelah, nanti siapa nak urus bisnes dan macam-macam lagi. Masa tu terlekat la hati kita pada dunia. Kita taknak tggalkan dunia ni. Kita nak hidup lama.

Sebab tu kita perlu buat persediaan, kita akan tinggalkan dunia ini lambat atau cepat, ianya PASTI.

Ingin pelajari ilmu Kaya dengan Cukai? Klik link ini untuk maklumat lanjut

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This