1. Penuhkan ilmu di dada tentang ilmu kewangan dan tips pelaburan.

– Pengurusan kewangan penting untuk kita tahu hala tuju bisnes kita. Manakala ilmu pelaburan penting untuk kita beranakkan duit kita.

– Sampai bila kita nak bekerja untuk duit? Biarlah duit tu bekerja untuk kita.

 

2. Bayar kad kredit lebih daripada bayaran minimum yang ditetapkan.

– Penggunaan kad kredit ni bagus kalau kita pandai manfaat kan.

– Tapi bagi yang tidak pandai nak urus kewangan, jangan cuba-cuba nak apply kad kredit kalau takde ilmu nak gunakan.

 

3. Dapatkan polisi perlindungan insurans.

– Insurans ni penting sangat. Ini termasuk dalam 5 pillar kewangan iaitu bahagian lindung.

– Beli aset banyak-banyak tapi takde perlindungan. Nanti kalau kita sakit dan tak boleh bekerja apa yang boleh bantu untuk kita cover hutang-hutang kita?

 

4. Maksimakan pengecualian cukai.

– Mahirkan diri dengan item-item yang diberikan pengecualian oleh LHDN.

– Kita boleh jimat banyak kalau kita mahirkan diri dengan pengetahuan cukai.

 

5. Selesaikan hutang PTPTN dengan segera

– Usahawan muda yang pandai buat duit banyak-banyak tu, selesaikan lah hutang ptptn tu supaya kita boleh fokus buat hutang lain pulak. Eh tak tak.

– Supaya boleh rancang kewangan lain. Elakkan ada hutang PTPTN sebab bukan sahaja takut tercalar CCRIS, takut nama pun diblack listed kan.

 

6. Dapatkan peluang pekerjaan sambilan

– Ramai sekarang ni yang buat dua tiga kerja sekaligus kan. Bagus la tu.

– Sebab kalau kita tak boleh nak kurangkan perbelanjaan, perkara yang kita boleh buat adalah tingkatkan pendapatan.

 

7. Displin untuk buat minggu tanpa belanja.

– Haaa, selama ni kalau bosan hujung minggu je keluar shopping mall kan.

– Acah-acah nak window shopping tapi ternampak diskaun terus lemah kan. Last-last berbondong2 baju, seluar, jubah kita bawak balik.

– Apa kata kali ni buat minggu baca buku ke. Main jutaria ke. Apa-apa aktiviti yang tak perlu keluar kan duit.

– Cuba dulu dan tengok berapa banyak kita jimat.

 

Dapat sesuatu? Kalau dapat jom ramai-ramai share supaya semua kawan-kawan kita pun boleh belajar sesuatu

Boleh semak service yang kami sediakan di page pejuangusahawan

Kredit : FB Cikgu Cukai

 

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This