Seperti hari-hari biasa, masuk sahaja office anda pun membuka email. Tapi hari ini tak seperti hari kebiasaannya, tiba-tiba anda menerima satu surat yang dihantar melalui email.
Surat itu datang dari alamat email “LHDN”.
Jeng jeng jeng…
Anda pun bermonolog sendiri, “Apahal pulak ni. Aku bayar tax kot. Hantar filing on time lagi!”
.
.
Baiklah, begini.. Walaupun anda declare dan bayar on time, tak semestinya anda boleh mengelak dari di audit.
Kalau anda tiba-tiba menjadi “The Lucky One” yang terpilih oleh LHDN, anda perlu tahu macam mana nak sediakan dan menguruskan keadaan tersebut.
.
.
Sebelum tu anda perlu tahu terdapat dua jenis audit cukai.
.
.
1. Audit meja (Desk Audit)
– Audit meja ini akan dijalankan di pejabat LDHN. Biasa nya audit meja ni untuk isu-isu mudah atau melibatkan pelarasan cukai yang mudah yang boleh kita selesaikan melalui surat menyurat je.
– Anda mungkin akan dipanggil ke pejabat LHDN untuk ditemuduga sekiranya LHDN perlukan maklumat lanjut lagi.
– Suka saya ingatkan, masa tengah diaudit tu tak perlu lah buat-buat peramah. Nak pot pet pot pet itu dan ini.
– Jawab hanya bila ditanya. Nak selamat, jawab sepatah-sepatah pun takpe. Janji menjawab soalan.
– Dalam kes-kes tertentu, kes audit meja boleh juga dirujuk untuk tindakan audit luar.
.
.
2. Audit Luar (Field Audit)
– Audit luar ni lebih complicated. Biasanya audit luar akan dibuat di premis anda. Pegawai LHDN akan cek semua bisnes rekod.
– Bagi bisnes enterprise dan perkongsian, jika pegawai tak berpuas hati dengan rekod bisnes, diorang boleh cek rekod peribadi untuk tengok transaksi bank statement dan aset peribadi anda.
– Tapi jangan risau sebelum pegawai buat audit, mereka akan maklum kan terlebih dahulu. So masa tu kita boleh siapkan documents yang patut.
Recent Comments