Ramai yang bayar cukai mahal-mahal tu mesti sebab tak tahu tentang #potongan cukai individu ni kan?
Sebenarnya banyak je potongan cukai kita boleh dapat. Sebarkan apa yang kami ingin sampaikan.
Mungkin akan nampak banyak info, jadi cuma kira ikut emoji 👉🏻💰 ini untuk tengok berapa banyak sebenarnya pelepasan cukai yang kita boleh dapat.
**Setiap individu mungkin #berbeza ☺
.
1. Individu dan saudara tanggungan.
💰 RM9,000.00.
– Pembayar cukai semua dapat pelepasan RM9,000 ni.
2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa
💰 RM5,000.00
– (Keadaan kesihatan #mestilah disahkan oleh pengamal perubatan.)
– Untuk Ibu dan Bapa:
– Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
– Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
– Limited hanya 💰 RM3,000 sahaja ya.
3. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
💰 RM6,000.00.
4. Individu Kurang Upaya
💰 RM6,000.00
5. Yuran Pendidikan (Sendiri)
💰 RM7,000.00
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
💰 RM6,000.00
7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)
💰 RM500.00
8. Gaya Hidup 💰 RM2,500.00. (limited)
– Baikkan kerajaan. Gaya hidup (lifestyle) pun dia bagi pelepasan. 😜
– Apa contoh lifestyle ni?
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet
9. Pembelian peralatan penyusuan
💰 RM1,000.00
10. Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
💰RM1,000.00
11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)
💰 RM6,000.00
12. Faedah pembelian rumah.
– Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
💰 RM10,000.00.
13. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri.
💰 RM4,000.00
14. Suami/Isteri kurang upaya.
💰 RM3,500.00
15. Anak di bawah umur 18 tahun.
💰 RM2,000.00
16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa.
💰 RM2,000.00
– (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
17. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
💰RM8,000.00
(i) Mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
18. Anak Kurang upaya
💰RM6,000.00
– Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas
di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
19. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
💰 RM6,000.00
20. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity)
– Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
💰RM6,000.00
21. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji.
💰 RM3,000.00
22. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
💰 RM250.00
.
.
.
Okay, dah kira berapa 💰 pelepasan cukai anda boleh dapat?
Kalau anda telah berkahwin, lagi banyak pelepasan boleh dapat.
Jadi yang bujang tu tunggu apa lagi? ☺
Berminat untuk dapatkan e-book kaya dengan cukai? Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut
Recent Comments