Seperti mana yang ramai orang tahu, sebagai owner enterprise kita tak perlu buat audit report dan hantar dekat SSM.
Disebabkan tak diwajibkan, maka ramailah orang yang ada enterprise ni langsung tak jaga akaun keluar masuk diorang.
1. Mungkin kita ni terlupa kita perlu declare cukai pada kerajaan.
– Yelah, kerajaan dah bagi kita mendapatkan hasil dekat negara ni, kita kena la tunjuk rasa terima kasih.
– Jadi penting untuk kita tahu untung atau rugi perniagaan kita. Baru la kita dapat angka berapa cukai kita perlu bayar.
2. Selain itu, dengan adanya sistem perakaunan yang baik kita tahu juga keadaan perniagaan kita.
– Boleh ke perniagaan kita bertahan dengan kos-kos overhead sedia ada?
– Kita ada modal lagi ke untuk tambah stok? Kalau takde sistem perakaunan yang baik macam mana nak tahu, kan?
3. Nak mengembangkan syarikat. Meniaga punya meniaga, mestilah kita nak perniagaan kita berkembang. Takkan nak stagnant sampai bila-bila kan?
– So, nak upgrade ke Sdn. Bhd. ni kita perlu tengok juga kewangan perniagaan kita ketika tu.
– Kalau profit dah lebih RM70 ribu setahun elok lah upgrade ke Sdn. Bhd. cepat-cepat sebab cukai yang dikenakan tinggi.
– Tapi kalau tak buat akaun betul-betul macam mana kita nak tahu betul ke kita buat untung?
Jadi, penting tak sistem perakaunan ni?
Sumber: Facebook CikguCukai
Pelajari ilmu pengurusan cukai dengan membeli e-book kami sediakan di sini
Recent Comments