Memang tak dinafikan 10 usahawan yang saya jumpa, mungkin 2 orang je yang betul-betul menjaga akaun syarikat.

Paling teruk, ada juga yang beranggapan cukup sekadar bank in duit keluar masuk dan bank statement dari bank tu sahaja sebagai simpanan.

Padahal, benda-benda tu semua tak dapat nak tunjukkan kedudukan sebenar kewangan syarikat kita.

Salah untuk kita beranggapan akaun bank dapat menunjukkan kedudukan kewangan sebenar.

Inilah pembunuh bisnes dalam diam. Bila kita menyangka, “rekod sikit-sikit cukuplah. 💁🏼”

Ramai lagi usahawan yang tak menyedari kepentingan mempunyai akaun yang lengkap.

Apa yang dimaksudkan dengan akaun yang lengkap tu?

Akaun atau penyata kewangan yang lengkap ialah akaun yang terdiri daripada imbangan duga, penyata untung rugi, serta penyata aliran tunai.

Nanti saya terangkan apa yang terdapat dalam imbangan duga, penyata untung rugi dan penyata aliran tunai ni.

 

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This