Cukai antara kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap rakyat di dalam memastikan setiap pendapatan yang telah mereka usahakan di kenakan cukai. Bagi yang baru memulakan pekerjaan ataupun perniagaan, ini antara langkah yang boleh mereka ambil di dalam menyemak status cukai yang dikenakan oleh pihak lembaga hasil.
1. Mula-mula anda perlu buat semakan samaada anda telah mendaftar atau mempunyai fail cukai pendapatan.
Boleh semak di sini
Okay dekat sini just masukkan no kad pengenalan sahaja. Nanti dia akan bagitahu sama ada kita dah ada fail atau belum.
2. Selepas itu lengkapkan borang pendaftaran online. Tekan sini
3. Semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.
Contoh nombor permohonan seperti Ai- a480 d355 b72f 23 (no ni akan diberikan setelah borang pendaftaran online diterima).
4. Hadir ke LHDN terdekat untuk dapatkan no sementara e-filling
Pastikan dokumen-dokumen ini dibawa (in case pihak LHDN minta) :
1. Kad pengenalan
2. Copy SSM bagi yang ada enterprise
P/s: Ini sebagai peringatan je untuk pendaftaran akan datang. Boleh share dulu supaya lebih ramai tahu. 😍
Sumber: CikguCukai
Berminat untuk melihat usahawan yang kami sudah bantu di dalam cukai perniagaan. Klik di sini
Recent Comments