Bank akan kira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan.

Sebab itu penggunaan akaun semasa(current account company) sangat lah digalakkan dan amat memudahkan, sebab penyata dikeluarkan secara bulanan. Tidak sama macam akaun simpanan(saving account)

Tolong pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari.

Maksudnya tidak kira, kita berniaga pasar malam ke, bisnes trading yang menggunakan wang tunai ke, pastikan dapat duit, bank in dalam akaun syarikat

Jika kita nak membuat pembayaran dalam transaksi bisnes, gunakan cek atau bank in sahaja ke dalam akaun penerima. Mudah dan lebih selamat. Yang lebih penting, kita tahu di mana duit kita di belanjakan.

Kalau perlukan petty cash. Pasti kan duit yang petty cash yang dikeluarkan direkod (petty cash voucher) dan attached sekali resit dari pembelian

Bawah ni contoh jumlah sales dalam perniagaan kita:

Contoh Penyata (nilai dari TOTAL CREDIT)

Bulan 1 : RM43,000

Bulan 2 : RM52,000

Bulan 3 : RM49,000

Bulan 4 : RM51,000

Bulan 5 : RM58,000

Bulan 6 : RM57,000

Total : RM310,000

Pendapatan purata (average income) perniagaan kita ialah lebih kurang

Average income : RM310,000 / 6
: RM 51,600

Bank akan lihat hanya 20% sahaja sebagai income owner. Yang selebihnya dianggap kos operasi atau stok.

Pendapatan bulanan : 20% x RM51,600 = RM10,300

Tapi kalau kita ada gaji yang memang kita ambil dari enterprise kita, bank akan tengok yang mana lebih tinggi. And sebenarnya bila kita ambil gaji bank akan nampak kita lebih serius berbisnes. Plus kalau kita carum epf lagi nampak kita serius berniaga.

Contoh :

1. Pendapatan Enterprise : RM10,300
2. Gaji tetap dari enterprise : RM15,000

Makanya bank akan ambil yang paling tinggi which is RM15,000 sebagai pendapatan kita

Kalau korang rasa posting ni bermanfaat jom kita share manfaat ni pada orang lain okay❤❤

Selamat mencuba😊😊

 

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This