Membayar cukai sudah menjadi kewajipan buat semua usahawan. Tetapi tahukah anda, LHDN juga ada membuat pengecualian buat 3 jenis syarikat yang tidak perlu membayar cukai. 3 sebab itu adalah seperti di bawah.

 

1. Syarikat Dormant

Apa yang dimaksudkan dengan syarikat dormant ni?

Dormant ni bermaksud takde aktiviti perniagaan semenjak ditubuhkan. Tiada pendapatan dan juga perbelanjaan. Tiada transaksi perakaunan lah maksudnya.

 

2. Tiada pendapatan

Sepanjang tahun takde jualan tunai ataupun jualan kredit. Biasanya untuk kategori ini syaratnya nilai jumlah aset tidak melebihi RM300,000

 

3. Syarikat Kecil

– 2tahun berturut-turut jualan tak melebihi RM100,000.

– Jumlah aset tak lebih RM300,000

– Kakitangan tak melebihi 5 orang.

 

P/s: Tetapi arahan ni digunapakai untuk syarikat yang ditubuhkan selepas 31 Januari 2017 sahaja.

Tapi, walaupun tak diaudit, penyata kewangan tu kita masih perlu hantar ke SSM. Tapi buat akaun je.

Jadi sesiapa yang nak buat Sdn. Bhd. tapi takut dengan istilah audit, inilah masa nya nak buat Sdn. Bhd.

 

Tulisan ini diambil dari Facebook Cikgu Cukai

Anda mempunyai soalan mengenai servis kami? Tekan butang di bawah

Hubungi kami melalui whatsapp
Share This