Syarikat Sdn Bhd sebenarnya adalah ASET!
==============================
.
Mungkin ramai yang tak tahu, di antara ciri-ciri bagi sesuatu harta untuk dikategorikan sebagai aset adalah mestilah boleh mendatangkan keuntungan dan mempunyai nilai pasaran.
Nilai pasaran juga berkait rapat dengan faktor pindah milik aset. Sesuatu aset akan mempunyai nilai pasaran sekiranya ia boleh dipindah milik. Betul?
Sebagai contoh, hartanah yang mempunyai geran berstatus bumiputera, adakah pembeli bukan bumiputera akan membelinya sekaligus mempunyai nilai pasaran kepada mereka? Sudah tentu lah tak, kan?
Oleh itu, disebabkan faktor syarikat sdn bhd yang boleh dipindah milik itulah menyebabkan ianya boleh menjadi aset kepada pemiliknya.
Setiap sesuatu tidak terlepas dari mempunyai pro dan kontranya begitu juga dengan syarikat sdn bhd. Faktor kos penubuhan dan pengurusan yang agak mahal telah membataskan kemampuan sesetengah usahawan untuk menjadikannya sebagai entiti perniagaan pilihan mereka.
Ditambah pulak dengan faktor tuntutan perundangan yang agak banyak dan tegas oleh SSM mengurangkan minat ramai usahawan terhadap syarikat sdn bhd. ni kan?
Pun begitu, kekurangan pada syarikat sdn bhd bukanlah suatu masalah besar jika dibandingkan dengan kelebihan yang ada pada syarikat Sdn Bhd ni.
Kos penubuhan dan pengurusan syarikat tidaklah semahal mana, kalau anda pandai memilih firma setiausaha syarikat dan firma juruaudit yang menyediakan perkhidmatan mereka pada kadar yang berpatutan.
Faktor tuntutan perundangan pulak dapat diatasi kalau dapat nasihat professional berterusan dari setiausaha syarikat bertauliah yang cekap lagi berpengalaman.
Okay?
Berminat untuk pelajari ilmu Kaya dengan Cukai? Klik di sini
Sumber: Cikgu Cukai
Recent Comments