Ini antara cara untuk membuka akaun semasa bagi enterprise. Di dalam entry kali ini admin akan menerangkan apa yang perlu ada bagi memastikan urusan anda bersama pihak bank berjalan lancar. Langkahnya adalah seperti di bawah:
1. Daftar perniagaan anda di SSM yang berdekatan
Daftar SSM dulu atas nama bisnes korang. Kos dalam rm70++ kalau nama syarikat. Kalau nak pakai nama sendiri RM30++ je.
Lokasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sekitar Malaysia. Tekan di sini untuk melihat peta.
2. COP Syarikat
Buat cop atas nama syarikat yang anda dah daftarkan tu. Pergi ke kedai cop dan maklumkan “Saya nak buat cop untuk buka akaun bank”.
Nanti orang kedai tu tunjukkan jenis cop. Harga di dalam rm5-7 siap 2-3 hari. Kalau nak cepat siap dalam masa sejam. Format cop adalah seperti di bawah.
3. BORANG AKAUN SEMASA
Pergi bank dan minta borang bukak akaun semasa.
Sebaiknya pilih bank yang customer kita mudah nak bank in. Cawangan banknya banyak, cash deposit mesin bank tu pun ada merata.
Contohnya macam Maybank & CIMB.
4. DEPOSIT
Duit deposit buka akaun.
Untuk Maybank, deposit bukak akaun dalam RM2,000. Mana nak cari duit rm2k?
Ala, korang pinjam la dulu dari sesiapa. Pinjam untuk seminggu camtu. Seeding la bapak, mak, abang, kakak. Masa nak pinjam, cakapla ini syarat untuk buka akaun enterprise.
Nanti lepas nama akaun dah lulus, buku cek dah keluar, boleh keluarkan balik duit tu dan bayar semula kat diorang.
5. INTRODUCER
Introducer ni ialah orang yang dah ada akaun dekat bank cawangan tersebut lebih dari setahun.
=============================
Ok, tu je. Jangan lupa isi borang elok-elok, dan lengkapkan semua dokumen yang diperlukan.
SSM, cop, tandatangan introducer + cop syarikat beliau dan duit deposit.
**Lain bank, lain cawangan mungkin ada beza syarat dan caranya.
Ps: Ini sekadar brief info sahaja. Kalau nak maklumat lebih tepat boleh pergi bank dan tanya pegawai bank. Mungkin ada beberapa maklumat yang dah berubah. 😘
#Share jika bermanfaat ya. 🌹
Sumber: CikguCukai, PejuangUsahawan
Berminat untuk pelajari pengurusan kewangan perniagaan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Recent Comments